PROSES KERJA


1) PEROLEHAN LANTIKAN TERUS KERJA


Langkah

Proses Kerja

Tanggungjawab

1
Kenal pasti kerja yang hendak dilaksanakan adalah kerja-kerja kecil (pembaikan dan penyelenggaraan) dan tidak melebihi RM20,000 serta mempunyai peruntukan.
Pengguna
2
Sediakan spesifikasi kerja dengan jelas supaya kontraktor mendapat gambaran yang jelas dan anggaran kos kerja yang akan dilaksanakan seperti berikut :
       ·        Arahan kepada kontraktor
       ·        Spesifikasi/ skop kerja
       ·        Tempoh siap
       ·        Perkara-perkara lain yang berkaitan
Pengguna
3
Kenal pasti kontraktor-kontraktor kelas F tempatan yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan.
Pengguna
3a
Sekiranya anggaran kos kerja kurang daripada RM5,000 memadai dengan satu (1) sebutharga sahaja (keutamaan diberikan kepada kontraktor yang berdaftar dengan LPJ); atau
3b
Sekiranya anggaran kos kerja melebihi RM5,000, perlu mendapatkan tiga (3) sebut harga (keutamaan diberikan kepada kontraktor yang berdaftar dengan LPJ).
4
Isi Borang Perbelanjaan 01 dan dapatkan sokongan PPB.

Pengguna
5
Serahkan kepada Unit Perolehan untuk  diproses dalam tempoh *14 hari .
Pengguna
6
Setelah borang, spesifikasi dan anggaran kos diperolehi, semakan dibuat dari segi:
      ·        Kelayakan dan keupayaan kontraktor
      ·        Prestasi/ trek rekod
      ·         Kriteria-kriteria lain yang berkaitan
Unit Peng. Aset & Perolehan
7
Mendapatkan kelulusan dari Pegawai yang melulus.
Unit Peng. Aset & Perolehan
8
Pesanan Tempatan (L.O) dikeluarkan dan serahkan kepada Pengguna.

Unit Kewangan
9
Perlu memastikan kontraktor melaksanakan kerja berdasarkan kepada spesifikasi yang ditetapkan dan Pesanan Tempatan seperti :
      ·        Skop Kerja
      ·        Tempoh Siap
      ·        Peraturan-peraturan lain yang ditetapkan
Pengguna
11
Perlu memeriksa dan menyemak kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor berkenaan dan membuat pengesahan kerja sekiranya telah siap untuk tujuan bayaran.
Pengguna
11a
Sekiranya kerja tidak dapat dimulakan pada tempoh yang telah ditetapkan, Pengguna hendaklah membatalkan Pesanan Tempatan.
Pengguna
11b
Selepas Pesanan Tempatan dibatalkan, kontraktor baru perlu dilantik untuk melaksanakan kerja tersebut mengikut  langkah 2 di atas.
Pengguna
12
Membuat bayaran berdasarkan Pesanan Tempatan , Invois dan borang pengesahan kerja oleh Pengguna dalam tempoh empat belas (14) hari.
Unit Kewangan
13
Kemaskini  KEW PA-14 dan Daftar Lantikan Terus
Unit Peng. Aset & Perolehan
14
Mengedarkan Borang Penilaian Prestasi Kontraktor kepada pengguna dan membuat analisis bagi setiap enam (6) bulan.
Unit Peng. Aset & Perolehan

* Pengguna perlu membuat perancangan dengan mengambilkira tempoh untuk memproses permohonan iaitu 14 hari.

No comments:

Post a Comment

Kenali LPJFINANCE