Wednesday, November 21, 2012

MAJLIS MERAIKAN HARIJADI DAN 'FAREWELL' PUAN PPB KPK

Alhamdulillah,

Sekitar jam 4.15petang tadi, majlis sambutan harijadi dan 'farewell' secara kecil-kecilan telah dapat dijalankan.  siapa yang diraikan???... Puan Siti Noraishah Azizan selaku Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan LPJ adalah orang yang diraikan.

Sambutan hari jadi beliau (sepatutnya semalam) disambut sederhana tetapi dalam kesedihan kerana beliau memilih untuk menamatkan perkhidmatan di LPJ dan berkhidmat di tempat lain. Untuk cita-cita, kami tidak sanggup untuk menghalang. Kami mendoakan yang terbaik untuk Puan Siti, atau lebih mesra dengan panggilan 'Pn Shasha'.

Beliau telah berkhidmat selama lebih kurang 15 tahun di LPJ. Yang menariknya, karier beliau di LPJ dimulai dan diakhiri juga dengan jawatan yang sama, iaitu Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan LPJ.

Sejujurnya, kami di Unit Kewangan & Perolehan dan Aset amat terhutang budi atas segala ilmu yang diberikan selama perkhidmatan beliau di LPJ.  Beliau banyak mengajar erti 'TANPA JEMU'.  Mohon halalkan segala tunjuk ajar yang diberikan. Kenang lah kami selalu.

Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah. Kami mendoakan kejayaan Puan Shasha. Amin.

p/s : kalau ada ke JB, datanglah jenguk kami di PG.

(gambar akan diupload kemudian...nantikannya ya!)

No comments:

Post a Comment

Kenali LPJFINANCE