LATARBELAKANG LEMBAGA PELABUHAN JOHOR

Visi
Menjadi pihak berkuasa Pelabuhan Johor yang berwibawa, cekap dan berkesan menjelang 2020
Misi
Menguruskan dan mengawalselia pelabuhan di Johor secara professional, berintegriti dan komited
Objektif
Memastikan pelaksanaan sepenuhnya fungsi-fungsi pengawalselian dan pengurusan pelabuhan dengan pengukuhan sumber-sumber bagi memenuhi keperluan pelanggan dan organisasi
Moto
Profesionalisme memantapkan perkhidmatan
Kod Etika
Dasar Kualiti
Sebagai badan kawalselia, Lembaga Pelabuhan Johor memastikan pengendali-pengendali pelabuhan berlesen memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua syarikat perkapalan yang berinteraksi dengan pelabuhan-pelabuhan tersebut mengikut standard perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa.
Menerapkan budaya kerja berlandaskan standard MS ISO 9001 : 2008 dan komited untuk menambahbaik keunggulan kualiti secara berterusan.
UNIT KEWANGAN DAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN
LATARBELAKANG
Unit Pengurusan Aset dan Perolehan
Unit Pengurusan Aset dan Perolehan ditubuhkan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007. Manakala bagi melancarkan sistem perolehan LPJ, pihak pengurusan telah bersetuju untuk menyerahkan tugas tersebut kepada Pengurusan Aset bermula 1 Januari 2008.
OBJEKTIF
Unit Kewangan
- Memastikan pembayaran, terimaan diuruskan dengan teratur, cekap mengikut Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Kewangan.
- Memastikan pengurusan akaun dan belanjawan diuruskan dengan cekap dan tepat mengikut Standard Perakaunan yang diterima umum dan peraturan-peraturan semasa
- Memastikan setiap hasil LPJ diuruskan dengan cekap dan teratur dan mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Kewangan.
Unit Pengurusan Aset Dan Perolehan
- Memastikan pengurusan aset dan perolehan dilaksanakan secara teratur cekap dan berkesan.
- Memastikan semua perolehan kerajaan diuruskan secara terbaik dan paling menguntungkan dengan prinsip akauntabiliti awam, diuruskan secara telus, nilai faedah, saingan terbuka, adil dan saksama.
FUNGSI
UNIT KEWANGAN
Menguruskan sumber kewangan dengan cekap dan telus serta menyenggara aset-aset bergerak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Fungsi utama Unit Kewangan merupakan : -
- Pengurusan Kewangan
- Pengurusan Akaun
- Pengurusan Dana
UNIT PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN
Menguruskan aset dan perolehan secara teratur, cekap dan berkesan berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Fungsi utama Unit Pengurusan Aset dan Perolehan merupakan:-
- Pengurusan Aset Alih
- Pengurusan Stor
- Pengurusan Perolehan
CARTA ORGANISASI UNIT KEWANGAN DAN
PENGURUSAN ASET DAN PEROLEHAN
LEMBAGA PELABUHAN JOHOR
Inilah barisan kami!
Belakang/Dari kanan: Hanita, Juliana, Cik Azyyati, Noraida, Suzana, Zunaidah, Afiza, Kamariah Hadapan/Dari kanan: Mohd Nazri, Razman, En Norazlin, En Khamel, Norhisham |
No comments:
Post a Comment