Sunday, April 28, 2013

5S - LPJ

Bersempena dengan pembinaan bangunan baru LPJ di tepi jalan besar, simpang 4 yang ada traffic light, berdepan dengan Masjid...LPJ pun nak juga mempai-es kan bangunan dan juga staff nya.

Jadi, sebagai persediaan awal, pihak Khidmat Am telah mengambil langkah menerapkan 'awareness' ke dalam diri kami kakitangan LPJ dengan : - 

   1) memberikan latihan berbentuk kursus pada tahun lepas
   2) menghantar sepasukan 30 orang kakitangan pelaksana 5S membuat lawatan sambil belajar ke Bahagian        Sumber Manusia, SUK Johor yang telah memenangi Anugerah 5S Peringkat Kebangsaan.





Terima kasih kerana sudi menerima lawatan kami.

Setakat ini, itulah 2 perkara yang telah dilakukan. Hasil dari lawatan kami ke SUK (sambutan amat memberangsangkan), kami mendapati 3 sistem carian/permohonan telah berjaya diinovasikan. tiga sistem itu adalah :
 1) Sisfail - sistem fail
 2) e-stor - sistem pengurusan stor
 3) e-waran - permohonan waran melalui internet

Sistem ini terhasil dari 5S dan juga dengan kerjasama Bahagian Sumber Maklumat maka terciptalah 3 sistem berkomputer ini. Amat mengagumkan kami.  Penjimatan  sehingga RM200k juga telah berjaya dilakukan. TAHNIAH untuk Bahagian Sumber Manusia, SUKJ.

Maknanya, 5S bukanlah hanya membersihkan persekitaran kerja, tapi, lebih lagi.

Selepas ini. akan bermulalah misi 5S LPJ. kepada kakitangan yang namanya ter'naik' (dipilih) untuk menyertai misi ini, TAHNIAH! untuk mereka. Anda akan menjadi pakarrujuk kepada kakitangan LPJ yang lain. Tahniah juga untuk ketua-ketua mereka yang memahami komitmen yang perlu anak buah yang terpilih berikan untuk menjayakan 5S, mana tahu lepas ni LPJ pulak dukung anugerah 5S peringkat kebangsaan negeri JEPUN..hehehe...gurau je. Kita aim untuk LPJ dululah...pastu baru yang lain-lain tu...

Akhir kata , sama-sama lah kita dukung program LPJ untuk kemajuan bersama.


Terima kasih kerana sudi melawat LPJ Finance & Perolehan !

No comments:

Post a Comment

Kenali LPJFINANCE