Wednesday, November 21, 2012

TARIKH GAJI TAHUN 2013

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2013
( Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri )
BulanTarikhHariCatatan
Januari23.01.2013Rabu-
Februari25.02.2013IsninTahun Baru Cina 10 & 11.02.2013
Mac25.03.2013Isnin-
April25.04.2013Khamis-
Mei23.05.2013KhamisPesta Menuai 30 & 31.05.2013
Jun25.06.2013SelasaHari Gawai 1 & 2.06.2013
Julai25.07.2013Khamis-
Ogos22.08.2013KhamisHari Raya Aidilfitri 08 &09.08.2013
September25.09.2013Rabu-
Oktober10.10.2013KhamisHari Raya Haji 15.10.2013
November25.11.2013IsninDeepavali 02.11.2013
Disember19.12.2013KhamisHari Krismas 25.12.2013
 
Dikemaskini pada 22 Jan 2013

Terima kasih kerana sudi melawat LPJ Finance & Perolehan !

MAJLIS MERAIKAN HARIJADI DAN 'FAREWELL' PUAN PPB KPK

Alhamdulillah,

Sekitar jam 4.15petang tadi, majlis sambutan harijadi dan 'farewell' secara kecil-kecilan telah dapat dijalankan.  siapa yang diraikan???... Puan Siti Noraishah Azizan selaku Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan LPJ adalah orang yang diraikan.

Sambutan hari jadi beliau (sepatutnya semalam) disambut sederhana tetapi dalam kesedihan kerana beliau memilih untuk menamatkan perkhidmatan di LPJ dan berkhidmat di tempat lain. Untuk cita-cita, kami tidak sanggup untuk menghalang. Kami mendoakan yang terbaik untuk Puan Siti, atau lebih mesra dengan panggilan 'Pn Shasha'.

Beliau telah berkhidmat selama lebih kurang 15 tahun di LPJ. Yang menariknya, karier beliau di LPJ dimulai dan diakhiri juga dengan jawatan yang sama, iaitu Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan LPJ.

Sejujurnya, kami di Unit Kewangan & Perolehan dan Aset amat terhutang budi atas segala ilmu yang diberikan selama perkhidmatan beliau di LPJ.  Beliau banyak mengajar erti 'TANPA JEMU'.  Mohon halalkan segala tunjuk ajar yang diberikan. Kenang lah kami selalu.

Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah. Kami mendoakan kejayaan Puan Shasha. Amin.

p/s : kalau ada ke JB, datanglah jenguk kami di PG.

(gambar akan diupload kemudian...nantikannya ya!)

Thursday, November 8, 2012

SAYANGNYA ALLAH PADA HAMBANYA


Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: 

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi; 

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Saturday, September 29, 2012

UNJURAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN LPJ BAGI TEMPOH 4 TAHUN

Berikut adalah unjuran pendapatan dan juga perbelanjaan bagi tahun 2010 hingga 2013.  Bagi unjuran tahun 2010 dan 2011, jumlah pendapatan dan perbelanjaan yang ditunjukkan adalah berdasarkan jumlah sebenar pendapatan dan perbelanjaan yang telah di terima dan dibelanjakan pada tahun tersebut.  Manakala, bagi tahun 2012 dan 2013 pula, jumlah yang ditunjukkan adalah berdasarkan anggaran yang dibuat berdasarkan justifikasi tertentu. 


Perbezaan ketara bagi peningkatan perbelanjaan dari tahun 2010 hingga 2011 dan 2012 adalah kerana pada tahun 2011, projek pembinaan bangunan baru LPJ telah pun bermula. Pembinaan ini dijangkakan berlangsung hingga awal tahun 2013. Oleh itu, pada tahun 2013 penurunan perbelanjaan adalah dianggarkan sebanyak 11.5%  berbanding tahun 2011, semasa pembinaan bagunan LPJ baru dimulakan. 
  


Terima kasih kerana melawat LPJFINANCE.BLOGSPOT.COM

Wednesday, September 19, 2012

CARA MENGETAHUI KELAYAKAN UNTUK MEMBUAT PINJAMAN KOMPUTER ATAU KENDERAAN

   CONTOH :
RM
A GAJI KASAR   2,200.00
JUMLAH ELAUN    1,000.00
(EKA/ITKA/ITP/COLA/DWIFUNGSI)
B JUMLAH PENDAPATAN   3,200.00
C JUMLAH POTONGAN GAJI SEMASA       959.00
(SEMUA POTONGAN GAJI TERMASUK POTONGAN BAGI TUJUAN SIMPANAN) 
D JUMLAH POTONGAN PINJAMAN YANG MAHU DIPOHON :        92.08
CARA KIRA :
E JUMLAH POTONGAN BARU TIDAK MELEBIHI 1/3 DARI GAJI KASAR
( D/A ) x 100 4%
F JUMLAH POTONGAN TIDAK MELEBIHI 60% DARI JUMLAH GAJI
(( C + D ) / B ) x 100 33%
G SEKIRANYA JUMLAH DI E TIDAK MELEBIHI 1/3  (< 33.33%) DARI GAJI KASAR DAN JUMLAH DI F TIDAK MELEBIHI 60% DARIPADA JUMLAH GAJI, MAKA SECARA DASARNYA TUAN/PUAN LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMAN KOMPUTER ATAU KENDERAAN 



Terima kasih kerana melawat LPJFINANCE.BLOGSPOT.COM

Friday, September 7, 2012

Tuesday, July 17, 2012

PENDAPATAN LPJ :

 







Pendapatan LPJ :

UTAMA               
SEWA PAJAKAN TANAH

LAIN-LAIN
THRESHOLD
JETI PERSENDIRIAN
PELABURAN
SEWA RUMAH PANGSA
           

Pendapatan LPJ (Tg Pelepas) :

UTAMA
SEWA PAJAKAN TANAH

LAIN-LAIN
THRESHOLD
JETI PERSENDIRIAN
PELABURAN


Terima kasih kerana melawat LPJFINANCE.BLOGSPOT.COM

Monday, July 16, 2012

UNIT KEWANGAN DAN PEROLEHAN LPJ

Di sini anda boleh berhubung dengan Unit Kewangan dan Perolehan LPJ secara 'MAYA'...kami menjawab pun secara 'MAYA' juga....bukan "MAYA' penyanyi  dolu-dolu tu, tetapi secara tidak bersemuka  sahaja...


Kami akan cuba sedaya upaya menjawab yang terbaik yang dapat kami berikan, terima kasih kerana sudi melawat LPJFINANCE.BLOGSPOT.COM.

Kenali LPJFINANCE