Wednesday, June 19, 2013

TAKLIMAT PERKESO

Salam buat pelawat.

18/3/2013, 2 orang wakil dari Unit Kewangan LPJ telah menghadiri Taklimat Majikan di Wisma Perkeso, Larkin.

Kami di LPJ menyambut baik langkah Kerajaan menginsuranskan pekerja KONTRAK danSAMBILAN yang dilantik oleh badan kerajaan dengan mencarum kepada PERKESO.

Banyak kelebihan dengan caruman PERKESO.  Sekiranya kakitangan AWAM juga dibenarkan untuk mencarum dengan PERKESO alangkah baiknya...Mungkin di masa akan datang kerajaan akan bermurah hati untuk membenarkan caruman oleh pekerja sektor awam pula.

Sama-samalah kita berdo'a..Aamin.


Terima kasih kerana sudi melawat kewangan perolehan.

http://www.perkeso.gov.my/

Sunday, April 28, 2013

KUMPULAN INNOVASI KERJA

Singkatannya KIK.

Anda terlibat?...kita semua terlibat secara langsung atau tak langsung, samalah macam 5S... LPJ ada 3 kumpulan KIK yang sedang memerah otak dan keringat untuk menjayakan KIK.

Perkara yang nak diinnovasikan? mestilah mudah dicapai..NANTI SAMBUNG LAGI ,K.

5S - LPJ

Bersempena dengan pembinaan bangunan baru LPJ di tepi jalan besar, simpang 4 yang ada traffic light, berdepan dengan Masjid...LPJ pun nak juga mempai-es kan bangunan dan juga staff nya.

Jadi, sebagai persediaan awal, pihak Khidmat Am telah mengambil langkah menerapkan 'awareness' ke dalam diri kami kakitangan LPJ dengan : - 

   1) memberikan latihan berbentuk kursus pada tahun lepas
   2) menghantar sepasukan 30 orang kakitangan pelaksana 5S membuat lawatan sambil belajar ke Bahagian        Sumber Manusia, SUK Johor yang telah memenangi Anugerah 5S Peringkat Kebangsaan.





Terima kasih kerana sudi menerima lawatan kami.

Setakat ini, itulah 2 perkara yang telah dilakukan. Hasil dari lawatan kami ke SUK (sambutan amat memberangsangkan), kami mendapati 3 sistem carian/permohonan telah berjaya diinovasikan. tiga sistem itu adalah :
 1) Sisfail - sistem fail
 2) e-stor - sistem pengurusan stor
 3) e-waran - permohonan waran melalui internet

Sistem ini terhasil dari 5S dan juga dengan kerjasama Bahagian Sumber Maklumat maka terciptalah 3 sistem berkomputer ini. Amat mengagumkan kami.  Penjimatan  sehingga RM200k juga telah berjaya dilakukan. TAHNIAH untuk Bahagian Sumber Manusia, SUKJ.

Maknanya, 5S bukanlah hanya membersihkan persekitaran kerja, tapi, lebih lagi.

Selepas ini. akan bermulalah misi 5S LPJ. kepada kakitangan yang namanya ter'naik' (dipilih) untuk menyertai misi ini, TAHNIAH! untuk mereka. Anda akan menjadi pakarrujuk kepada kakitangan LPJ yang lain. Tahniah juga untuk ketua-ketua mereka yang memahami komitmen yang perlu anak buah yang terpilih berikan untuk menjayakan 5S, mana tahu lepas ni LPJ pulak dukung anugerah 5S peringkat kebangsaan negeri JEPUN..hehehe...gurau je. Kita aim untuk LPJ dululah...pastu baru yang lain-lain tu...

Akhir kata , sama-sama lah kita dukung program LPJ untuk kemajuan bersama.


Terima kasih kerana sudi melawat LPJ Finance & Perolehan !

SEJARAH 5S - cedokan dari WIKIPEDIA


The Origins of 5S

5S was developed in Japan. It was first heard of as one of the techniques that enabled what was then termed 'Just in TimeManufacturing'. The Massachusetts Institute of Technology's 5-year study into the future of the automobile in the late 1980s[2] identified that the term was inappropriate since the Japanese success was built upon far more than components arriving only at the time of requirement. John Krafcik, a researcher on the project, ascribed Lean to the collective techniques being used in Japanese automobile manufacturing; it reflected the focus on waste in all its forms that was central to the Japanese approach. Minimised inventory was only one aspect of performance levels in companies such as Toyota[3] and in itself only arose from progress in fields such as quality assurance and Andon boards to highlight problems for immediate action.


The Origins 





Terima kasih kerana sudi melawat LPJ Finance & Perolehan !

Wednesday, November 21, 2012

TARIKH GAJI TAHUN 2013

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2013
( Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri )
BulanTarikhHariCatatan
Januari23.01.2013Rabu-
Februari25.02.2013IsninTahun Baru Cina 10 & 11.02.2013
Mac25.03.2013Isnin-
April25.04.2013Khamis-
Mei23.05.2013KhamisPesta Menuai 30 & 31.05.2013
Jun25.06.2013SelasaHari Gawai 1 & 2.06.2013
Julai25.07.2013Khamis-
Ogos22.08.2013KhamisHari Raya Aidilfitri 08 &09.08.2013
September25.09.2013Rabu-
Oktober10.10.2013KhamisHari Raya Haji 15.10.2013
November25.11.2013IsninDeepavali 02.11.2013
Disember19.12.2013KhamisHari Krismas 25.12.2013
 
Dikemaskini pada 22 Jan 2013

Terima kasih kerana sudi melawat LPJ Finance & Perolehan !

MAJLIS MERAIKAN HARIJADI DAN 'FAREWELL' PUAN PPB KPK

Alhamdulillah,

Sekitar jam 4.15petang tadi, majlis sambutan harijadi dan 'farewell' secara kecil-kecilan telah dapat dijalankan.  siapa yang diraikan???... Puan Siti Noraishah Azizan selaku Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan LPJ adalah orang yang diraikan.

Sambutan hari jadi beliau (sepatutnya semalam) disambut sederhana tetapi dalam kesedihan kerana beliau memilih untuk menamatkan perkhidmatan di LPJ dan berkhidmat di tempat lain. Untuk cita-cita, kami tidak sanggup untuk menghalang. Kami mendoakan yang terbaik untuk Puan Siti, atau lebih mesra dengan panggilan 'Pn Shasha'.

Beliau telah berkhidmat selama lebih kurang 15 tahun di LPJ. Yang menariknya, karier beliau di LPJ dimulai dan diakhiri juga dengan jawatan yang sama, iaitu Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan LPJ.

Sejujurnya, kami di Unit Kewangan & Perolehan dan Aset amat terhutang budi atas segala ilmu yang diberikan selama perkhidmatan beliau di LPJ.  Beliau banyak mengajar erti 'TANPA JEMU'.  Mohon halalkan segala tunjuk ajar yang diberikan. Kenang lah kami selalu.

Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah. Kami mendoakan kejayaan Puan Shasha. Amin.

p/s : kalau ada ke JB, datanglah jenguk kami di PG.

(gambar akan diupload kemudian...nantikannya ya!)

Thursday, November 8, 2012

SAYANGNYA ALLAH PADA HAMBANYA


Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: 

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi; 

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Kenali LPJFINANCE